Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Awan_Besar

Lokasi

Stesen ini terletak di sepanjang Jalan 4/155, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Terletak kira-kira 400m timur laut stesen adalah Persimpangan Awan Besar Lebuhraya Shah Alam (KESAS). Juga terletak berhampiran stesen adalah Dewan Freemason Bukit Jalil, kondominium Kiara Residences, kondominium Bukit OUG dan taman perumahan Bukit Jalil.

Susunan stesen

L2
Platform
SP Arah Utara Laluan Sri Petaling menghala ke  SP1  Sentul Timur (Sri Petaling)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
SP Arah Selatan Laluan Sri Petaling menghala ke  SP31  Putra Heights (Muhibbah)
L1Aras legarMesin tiket, pagar tambang dan pusat khidmat pelanggan
GAras tanahPintu masuk/keluar, tempat letak kenderaan, hentian bas, teksi dan kenderaan persendirian

Stesen ini adalah stesen bertingkat dengan tiga tingkat: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai sebuah platform tengah di atas ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Sri Petaling. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat 193 petak parkir kereta[2] dan rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[3]

Perkhidmatan Bas

Bas RapidKL laluan 651, 652, T580, T582 dan T583 berkhidmat di stesen ini.